Thursday, March 9, 2017

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS PPKI SMKPP 2017

MAJLIS PERLATIKAN PENGAWAS PPKI SMKPP 2017

Matlamat


Majlis Penyerahan Pelantikan Pengawas 2017 diadakan
untuk menterjemahkan penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pengawas SMK Pengkalan Permatang yang telah berkhidmat untuk kepentingan sekolah sekaligus mengiktiraf kepimpinan 
pengawas.

Objektif


¨ Mengiktiraf para pengawas sebagai pemimpin pelajar.
¨ Memberi penghargaan kepada para pengawas atas khidmat para pengawas.
¨ Meningkatkan rasa hormat dalam kalangan pelajar terhadap para pengawas.
¨ Menggalakkan kecekapan pengawas dalam melakukan tugasan.


Aturcara Majlis
7.30 pagi: Pelajar berkumpul mengambil tempat
7.40 pagi: Ketibaan guru-guru
7.50 pagi: Ketibaan tetamu jemputan
8.00 pagi: Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
              : Nyanyian Lagu
                 - Negaraku
                 - Negeri Selangor
                 - Lagu Sekolah
             : Ucapan Tuan Pengetua, Pn. Che Wan Rohaini bt Ramly
             : Ucapan Perasmian,
             : Penyampaian Watikah Pelantikan
             : Bacaan Ikrar
             : Bacaan doa
             : Penyampaian Cenderahati
             : Majlis Bersurai










Saturday, March 4, 2017

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH SMKPP 2017

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH SMKPP 2017

Tarikh : 13 Januari 2017
hari : Jumaat
Tempat : Sekitar Kampung Sungai Yu
Masa : 8.00 - 11.00 pagi


Kejohanan Merentas Desa SMK Pengkalan Permatang merupakan acara tahunan yang mesti dilaksanakan setiap tahun sebelum menjelangnya kejohanan sukan tahunan sekolah. Kejohanan ini melibatkan semua murid PPKI dan murid aliran perdana. Melalui acara inilah bakat-bakat murid dalam bidang sukan akan dicungkil dan dididik supaya mencapai kecemerlangan di bidang sukan.


RASIONAL

Kejohanan Merentas Desa ini bertujuan untuk membentuk dan melahirkan murid yang cergas, progresif dan berdaya saing demi memastikan kemenjadian murid sebagai insan yang seimbang dan harmonis dan menghargai alam sekitar. Program ini juga turut melibatkan semua murid dalam acara sukan demi melahirkan murid yang cergas dan aktif dalam bidang sukan.

MATLAMAT

Kejohanan Merentas Desa ini bertujuan untuk menarik minat murid-murid dalam bidang sukan dan dapat membentuk serta melahirkan murid yang berkeyakinan diri dengan mempertingkatkan kebolehan dalam bidang sukan dan mempersiapkan murid Kejohanan Merentas Desa MSSD Hilir Perak yang akan datang. Program ini juga bertujuan menyahut seruan kerajaan dalam melibatkan murid secara menyeluruh dalam bidang sukan selaras dengan dasar 1 Murid 1 Sukan yangtelah diperkenalkan.

OBJEKTIF
  • Meningkatkan kebolehan, kemahiran, dan bakat murid.
  • Memupuk dan menyuntik semangat kesukanan di dalam diri murid-murid.
  • Mewujudkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat serta meningkatkan daya tahan murid.
  • Guru dapat mengenalpasti murid yang berpotensi dan berbakat di dalam bidang sukan.
  • Murid dapat mengumpul dan menyumbang mata untuk rumah sukan masing-masing.
  • Memastikan murid-murid akan berkembang secara seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelektual.
  • Memperkembangkan kemahiran pengurusan diri, disiplin, mendengar dan mematuhi arahan. 
 Panorama semasa Program ini berlangsung :





















 


Tuesday, February 28, 2017

LATIHAN MERENTAS DESA PPKI 2017

LATIHAN MERENTAS DESA 1 & 2

Tarikh: 10 & 11 Januari 2017
Hari: Selasa & Rabu
Tempat: Sekitar Kampung Sungai Yu
Masa: 8.00 pagi hingga 10.00 pagi


LATIHAN MERENTAS DESA 1




                               



LATIHAN MERENTAS DESA 2









Thursday, February 23, 2017

HAL EHWAL MURID PPKI SMK PENGKALAN PERMATANG

TAKLIMAT DISPLIN ANJURAN HAL EHWAL MURID PPKI SMK PENGKALAN PERMATANG

Tarikh  :6 JANUARI 2017
Hari     : JUMAAT
Tempat : 8.30 pagi – 12.00 tengah hari


MATLAMAT: 

1.    MENYAMPAIKAN MAKLUMAT SEMUA MURID tentang PERATURAN, DISIPLIN DAN UNDANG – UNDANG SEKOLAH.
2.    MENEGASKAN MURID UNTUK MENGHORMATI GURU.
  MEMAKLUMKAN MURID YANG DILANTIK SEBAGAI PENGAWAS ADALAH PEMBANTU      GURU DAN PERLU BERSAMA-SAMA MENJAGA DISIPLIN.

SEMUA MURID DAPAT MEMAHAMI PERATURAN DI SEKOLAH DAN PPKI. SEMUA MURID YANG TELAH DILANTIK SEBAGAI PENGAWAS ADALAH BERTINDAK SEBAGAI PEMBANTU GURU SEKIRANYA GURU TIDAK DAPAT MENJALANKAN PDP DI KELAS KERANA TUGAS YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN.







   

Tuesday, February 21, 2017

PENDAFTARAN MURID PPKI-SMKPP 2017

HARI PENDAFTARAN MURID BARU & LAMA PPKI SMK PENGKALAN PERMATANG 2017

Hari/Masa: KHAMIS / 8.30 pagi – 12.00 tengah hari
Tarikh: 29 DISEMBER 2016
Tempat: BANGUNAN PPKI-SMKPP

MATLAMAT: 
1.    MELAKSANAKAN PENDAFTARAN MURID BARU DAN LAMA BAGI MURID PPKI-2017
2.  MEMAKLUMKAN PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SEKOLAH KEPADA MURID, IBU BAPA DAN PENJAGA.

OBJEKTIF:

1.    MENDAFTAR DAN MENGALU-ALUKAN MURID BARU DAN LAMA DI PPKI-SMKPP.
2.  MEMAKLUMKAN PERALATAN, PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH, PAKAIAN DAN KEPERLUAN PPKI SERTA BAYARAN UNTUK LENCANA, TALI LEHER, LENCANA DAN SEBAGAINYA.
3.  MENYAMPAIKAN MAKLUMAT DARIPADA GURU KELAS KEPADA IBU BAPA TENTANG JADUAL WAKTU KELAS DAN PERUBAHAN WAKTU BALIK SEKOLAH BERBANDING TAHUN LEPAS.


     PENDAFTARAN MURID TELAH BERJAYA DIJALANKAN SEPANJANG TEMPOH WAKTU YANG DITETAPKAN DAN MENDAPAT KERJASAMA YANG SANGAT BAIK DARI PIHAK SEKOLAH DAN IBU BAPA. UNIT HEM DAN GURU KELAS TELAH MEMUDAHKAN PROSES DENGAN SAMA-SAMA SALING MEMBANTU MENYALURKAN MAKLUMAT DAN PENGETAHUAN KEPADA IBU BAPA DAN JUGA PARA PENJAGA. PPM JUGA MENJALANKAN TUGAS-TUGAS MENGIKUT PEMBAHAGIAN MASING-MASING. UNTUK ITU, SERAMAI 82 ORANG MURID PPKI-SMKPP TELAH BERJAYA BERDAFTAR UNTUK TAHUN 2017. DENGAN KERJASAMA DARI SEMUA PIHAK, PROGRAM PENDAFTARAN MURID TELAH BERJALAN DENGAN LANCAR PADA HARI TERSEBUT.