Wednesday, March 18, 2020

Pandemik Covid-19

 Seperti yang dinyatakan dalam perutusan YAB Perdana Menteri, semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan praunivetsiti, serta institusi pendidikan guru akan ditutup sepenuhnya dalam tempoh 18-31 Mac 2020. 

Bahagian dan agensi di bawah KPM, JPN dan PPD juga ditutup. Hanya pegawai dan kakitangan yang diberi kebenaran oleh Ketua Pengawal atau pegawai yang telah diturunkan kuasa sahaja, dalam pengurusan kewangan dan keselamatan, boleh berada di premis semasa tempoh tersebut.


#stayathome

#covid-19







Wednesday, March 11, 2020

Pemilihan Pemain Boling PPKI SMK Pengkalan Permatang - 11 Mac 2020

Pemilihan pemain Bowling PPKI SMK Pengkalan Permatang dan Aktiviti Kokurikulum Sukan Permainan telah berjaya dilaksanakan hasil komitmen semua guru, ppm dan kerjasama Badan Kebajikan Ibu Bapa dan Penjaga. Tahniah pada semua yang menjayakan aktiviti ini. Semoga semuanya dalam limpahan kasih sayang Allah swt.

Tahniah kepada Cikgu Zaimidah selaku setiausaha pemilihan pemain dan akan mengetuai pasukan bowling PPKI SMKPP ke Karnival Boling Daerah Kuala Selangor 2020 pada 8 April nanti..

Setinggi2 penghargaan dan terima kasih pd:

Cikgu Norhanifah (Penyelaras Sukan Permainan)

Cikgu Karimah (AJK Atlet Bowling),

AJK2 lain terdiri dari Guru2 PPKI dan PPM yang sentiasa awesome dan sporting❤

Terima kasih atas sokongan dan kehadiran Pengerusi Badan Kebajikan Ibu Bapa dan Penjaga, En Ahmad Ruzi bin Abu Hasan, Naib Pengerusi, En Ahmad Saleh, ibu bapa dan penjaga yg HEBAT..

#ppkismkpphebat

#bowling2020

#dare2bdifferent












Tuesday, March 3, 2020

Pemilihan Olahraga dan Balapan Pendidikan Khas Daerah Kuala Selangor - 3 MAC 2020

 Pemilihan Olahraga dan Balapan Pendidikan Khas Daerah Kuala Selangor.

Tempat: 

Padang SMK Raja Muda Musa

MBK PPKI SMKPP yg terlibat dlm pemilihan seramai 13 org.

MBK :

1. Mohamad Adha

2. Muhamad Shamizie

3. Muhamad Ramadhan

4. Theenagaran

5. Izudin

6. Muhammad Rizki

7. Kirthana

8. Luqman Hakim

9. Nur Haliza

10. Nurul Fitrah

11. Nazatul Shima

12. Wan Nurul Asyikin

13. Norshahirah

Guru :

1. En Ahmad Muaz

2. En Muhammad Azeem

3. En Mokhlis

4. Pn.Rosliza

5. Pn.Nadia

6.Pn Farah Hazwani

Tahniah pada semua MBK yg menunjukan komitmen dan semangat juang yang tinggi. Cabaran pada cuaca yg panas hari ini..Tahniah berjaya menghabiskan semua acara yg disertai.