KATEGORI MURID PENDIDIKAN KHAS

CIRI-CIRI MURID PPKI MENGIKUT KATEGORI

SINDROM DOWN 

            


Sindrom Down atau trisomy 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran sebahagian atau kesemua kromosom 21.

Ciri-ciri
  1. bukaan mata bujur dengan lipatan kulit epikhantik pada sudut dalam mata
  2. hipotonia otot (poor muscle tone)
  3. batang hidung leper
  4. satu garis di tapak tangan (juga dikenali sebagai garis simian)
  5. lidah terjulur (disebabkan rongga mulut kecil, dan lidah membengkak berhampiran tonsil)
  6. leher pendek
  7. tompok putih pada iris dikenali sebagai tompok Brushfield
  8. lentur melampau pada sendi
  9. kecacatan jantung kongenital
  10. jarak melampau antara ibu jari kaki dengan jari berikutnya

AUTISME 


Autisma  bermaksud ketidakupayaan seseorang kanak-kanak memahami perkara-perkara di sekelilingnya selain dirinya sendiri. Autisma juga menyebabkan perkembangan diri kanak-kanak menjadi tidak menentu. Peringkat awal autisma boleh dikesan pada awal usia kelahiran ataupun sekurang-kurangnya pada peringkat umur yang awal.Tiada ubat dalam masalah autisma kerana ia bukan sejenis penyakit tetapi dengan program pendidikan yang bersesuaian, masalah ini dapat dikurangkan.Autisma  melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina, bangsa, atau taraf ekonomi. 

Ciri-ciri

1.      Pola perlakuan yang unik :
  • Penerimaan deria yang aneh.
  • Sering membuang masa kepada sesuatu objek yang tidak diketahui fungsinya dan gemar memutar-mutar barang sambil berkhayal.
  • Terlalu menyayangi sesuatu objek sehingga sukar dipisahkan daripadanya.
  • Rutin harian yang dirancang secara detail.
2.      Masalah perhubungan dengan orang di sekeliling :
  • Tempoh masa untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara amat singkat dan tidak berminat dengan kemahiran yang diajar.
  • Suka melakukan sesuatu perkara secara berulang-ulang dan hanya akan berhenti apabila ditegur.
  • Suka bersendirian dan menganggap manusia sebagai objek dan hanya berinteraksi bila di dekati dengan cara-cara tertentu dan dengan individu yang disukai.
  • Tidak mahu bertentang mata sewaktu bercakap seolah-olah mereka melihat menembusinya.
3.      Gemar memeriksa anggota badan seperti kaki dan tangan seolah-olah benda itu baru dan pelik

4.      Mengalami masalah pertuturan :
  • Sering mengulangi soalan yang diajukan.
  • Suka meniru percakapan orang lain.
  • Kadangkala menggunakan suara yang luarbiasa untuk menuturkan sesuatu perkataan.
5.      Sikap atau perasaan yang ganjil dan tidak normal :
  • Meletuskan kemarahan yang amat sangat atau mengamuk dan disusuli dengan perlakuan agresif.
  • Ianya berlaku tanpa sebab atau kerana kehilangan sesuatu objek yang disayangi atau dilarang dari melakukan sesuatu perkara yang mereka mahu.
  • Mengilai, menangis dan ketawa secara tiba-tiba.
  • Tidak tahu erti bahaya dan gemar melakukan sesuatu yang merbahaya.
6.      Intelek yang luar biasa walaupun autisma :
  • Mereka meminati matapelajaran Matematik.
  • Gemarkan permainan seperti ‘Jigsaw Puzzles’.
  • Suka menyanyi atau mengingati lirik lagu serta suka mendengar semua jenis muzik.
  • Boleh menghafal senarai nombor telefon, tarikh, nama, sajak, dan sebagainya.
  • Mempunyai kemahiran mekenikal yang luar biasa.
     7.   Tidak suka kepada perubahan dan sangat susah untuk mengubah sesuatu rutin.

DISLEKSIA



Disleksia bermaksud kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar, dan bercakap. Murid disleksia bukannya mengalami kecacatan pada mata atau fizikal tetapi mereka mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik.

Ciri-ciri
  1. Keliru dengan arah kiri dan kanan.
  2. Gemar berkhayal, menangis dan ketawa secara tiba-tiba.
  3. Taksub kepada sesuatu objek dan gemar memutar-mutar barang sambil berkhayal.
  4. Tempoh masa untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara amat singkat.
  5. Lambat bertutur dan sukar memahami arahan.
  6. Sukar mengikut arahan lisan yang panjang.
  7. Kesukaran menyalin semula nota yang diberi.
  8. Keliru dengan nombor-nombor.
  9. Kemahiran motor yang lemah. Cth :sukar memegang alat tulis dengan tangan dominan, dan sering terlanggar barang di sekitar.
  10. Sifat ingin tahu yang tinggi, berminat terhadap perkara baru dan suka bertanya secara berulang-ulang.
  11. Kurang keyakinan diri dan menghadapi tekanan jiwa.
  12. Tidak mempunyai ramai kawan kerana kurang kemahiran bersosial dan sukar bergaul.
  13. Kelakuan dan sikap yang tidak konsisten.
  14. Gemar menggigit jari dan merenung buku seolah-olah tidak faham. 
ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER (HIPERAKTIF)


 
Hiperaktif  merujuk kepada tingkah laku kanak-kanak yang terlampau lasak, aktif, nakal, agresif dan keadaannya tidak menentu jika dibandingkan dengan tahap pencapaian kanak-kanak normal. Kecelaruan tingkah laku ini kerap berlaku kepada kanak-kanak yang berumur 8 tahun dan akan berkurang secara beransur-ansur apabila mereka meningkat dewasa. Hiperaktif dapat dikurangkan dengan bantuan ubat tetapi hanya untuk tempoh masa yang sementara.

Ciri-ciri
  1. Bersikap agresif serta tidak dapat duduk diam walaupun sekejap.
  2. Gemar merayau-rayau dan menganggu rakan-rakan lain.
  3. Sukar memberi tumpuan kerana sikapnya yang tidak boleh duduk diam.
  4. Mudah tertarik untuk melakukan sesuatu perbuatan seperti berlari dan memanjat serta gemar meniru perlakuan orang lain.
  5. Dapat melakukan setuatu  kerja dengan pantas tetapi terburu-buru.
  6. Bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu akibat dari tindakan mereka.
  7. Bersikap keras kepala dan tidak mahu mendengar nasihat.
  8. Bertindak mengikut perasaan sehingga boleh mencederakan diri dan orang lain.
  9. Sukar memberi tumpuan dan gemar membuat bising.
  10. Suka mendahului orang lain dalam apa jua situasi terutama sewaktu bermain.
  11. Sanggup bergaduh untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan.
  12. Bersikap negatif seperti suka mencuri, bercakap bohong dan suka merosakkan barang orang lain.
LEMBAM/SLOW LEARNER



Lembam bermaksud lembap, tidak cergas, lemah (kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran atau menerima pelajaran). Murid lembam mempunyai tahap keupayaan intelek sederhana atau kurang sedikit berbanding intelek murid normal. Mereka mempunyai kebolehan melihat tetapi kekurangan kemahiran menerima, mengurus, menyusun, menyimpan, dan mengingat dengan berkesan.

Ciri-ciri
  1. Bermasalah mengenal bentuk huruf.
  2. Bermasalah menyebut bunyi huruf dengan tepat.
  3. Menyebut atau membunyikan sesuatu bunyi huruf dengan perlahan.
  4. Menutup muka dengan buku sewaktu belajar.
  5. Membaca setiap perenggan terlalu lama.
  6. Ejaan perkataan seringkali salah.
  7. Menulis perkataan terlalu rapat, kecil, condong.
  8. Jarak antara perkataan yang ditulis terlalu jauh.
  9. Lambat sewaktu menulis.
  10. Huruf dan perkataan ditulis tinggi atau rendah dan tidak seragam.
  11. Mempunyai konsep kendiri rendah.
  12. Masa menumpukan perhatian terhadap pelajaran sangat singkat dan perhatian mudah dialihkan oleh rangsangan luar.
  13. Hanya boleh mengikut pelajaran atau arahan yang ringkas dan jelas sahaja.