Thursday, August 29, 2019

Sambutan Hari Lahir Januari - Jun ( 27 Jun )

Sambutan Hari Lahir Guru, PPM dan MBK bagi bulan Januari ,Februari , Mac, April, Mei dan Jun

Terima pantun dari #teamPPKISMKPENGKALANPERMATANG

Bunga mawar dipetik jangan,
Nanti duri tercucuk tangan,
Selamat hari lahir kami ucapkan,
Sudah bertambah usianya badan.

Tanam betik di pinggir laman,
Buahnya lebat enak dimakan,
Semoga rezeki sentiasa dimurahkan,
Umur pula dipanjangkan tuhan.

Tanam cili buahnya intan,
Seronok sunguh terus berlagu,
Hidup bahagia bersama teman,
Jodoh kekal ke anak cucu.
πŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œπŸ’œ

Latar pentas hasil tangan Team Cikgu Epa πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–















Program Germ Buster - 24 Jun

Program Aktiviti Keselamatan Makanan (Program Germ Buster).

Anjuran: Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor

Tempat: Bilik Mesyuarat SK Bandar Baru Kuala Selangor

Tarikh: 24 Jun 2019

Masa: 9.00 -12.30 tghri

Penyertaan: 10 Orang MBK kelas Pembuatan Roti dan KH Masakan

Guru:
1. Pn Siti Zaimidah binti Mamat
2. Pn.Norhayati binti Siran

Tahniah pada semua yg menyertai. πŸ’›πŸ’›πŸ’›










PROGRAM BARAAN RAYA - 22 JUN

Alhamdulillah Program Baraan Raya, telah berjaya dilaksanakan di 4 buah rumah MBK. Terima kasih utk ibu bapa MBK yang menjemput. Nilai kasih sayang antara ibu bapa, MBK, guru2 dan PPM akan terus terjalin..Tak sangka juga makanan yg terhidang semuanya sedap2 dan berjaya menambahkan berkilo2 kg lagi berat badan kami nii😁..

Terima kasih utk parent Alia Balqis, Alia Farhani, Nasrul dan Supian

Rayakan sebulannnnπŸ˜ƒπŸ˜

Team Raya Ppki Smk Pengkalan Permatang