Thursday, June 13, 2019

SALAM LEBARAN AIDILFITRI

Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Semoga lebaran tahun ini membawa kebahagian kepada semua daripada warga PPKI SMK Pengkalan Permatang..Salam sayang utk semua MBK, ibu bapa, warga SMKPP dan semua kenalan dalam BLOGSPOT ini dengan ucapan Salam Lebaran,

Maaf Zahir Batin🌷


IHYA RAMADAN - MAJLIS PENUTUP - 23 MEI

Majlis Penutupan Program Ihya Ramadhan 2019. Tahniah kepada semua yang telah menjayakan program ini.
Majlis penutupan turut disertai oleh En Mohd Johari Jamaludin. Terima kasih sudi menyantuni MBK kami.

Majlis dimeriahkan dengan persembahan Lagu Raya oleh MBK serta pemberian biskut dan duit raya. Terima kasih Cikgu Zainab, Guru2 Ppki, PPM dan semua MBK..kita telah cuba sebaik mungkin utk mencapai KECEMERLANGAN..

Semoga berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt
#ppkismkppdare2bdifferent











IHYA RAMADAN - KAD RAYA - 21 MEI

Program Ihya Ramadhan
1. Aktiviti penghasilan kad raya untuk guru-guru PPKI
2. Aktiviti mewarna tema hari raya

#kadrayappki




























IHYA RAMADAN - BACAAN YASSIN DAN JUZUK AMMA - 17 MEI

Program Ihya Ramadan.

Tempat :Surau SMKPP

Tajuk :
1. Bacaan Yassin dan Solat Dhuha
2. Bacaan Juzuk Amma.

Tahniah kepada semua guru-guru dan PPM yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk anak-anak MBK ini tanpa mengenal jemu dan penat. Setiap masa yang ada di manfaatkan secara maksimum utk Kemenjadian MBK. Semoga Allah swt memberkati segalanya..Aamiin

#INDAHNYARAMADAN









IHYA RAMADAN - DENDENG DAGING & KETUPAT - 16 MEI

Bersama-sama MBK menghayati konsep kerjasama dan gotong-royong dalam kehidupan bermasyarakat. MBK merasai pengalaman 'rewang' dalam menyediakan bahan-bahan masakan dendeng daging, dendeng ayam dan merebus ketupat. Apa yang penting KEGEMBIRAAN dan NILAI KASIH SAYANG yang diterapkan dalam diri semua yg terlibat. Rezeki yang ada dikongsi bersama.

#dare2bdifferent
#ppkismkpp
#indahnyaramadan