MAKLUMAT PPKI

SEJARAH PENUBUHAN PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SMK PENGKALAN PERMATANG
                                                                         
              Program Pendidikan Khas Integrasi ditubuhkan pada 3 Januari 1996. Program ini dimulakan dengan nama Program Percantuman dan mempunyai 10 orang murid bermasalah pembelajaran dan dibimbing oleh Pn. Nazura bt. Hj. Abdan selaku penyelaras program dan  di bantu oleh seorang lagi guru pendidikan khas.

            Pada tahun 2000, program pendidikan khas melangkah setapak lagi dengan perwujudan program bermasalah pendengaran yang bertukar dari SMK Sultan Abdul Aziz, Kuala Selangor ke SMK Pengkalan Permatang. Seramai 5 orang murid bermasalah pendengaran 3 orang guru menjadikan program pendidikan khas lebih mencabar.
            Pada tahun 2000 juga buat pertama kalinya 3 orang murid bermasalah pembelajaran mengambil peperiksaan PMR. Sehingga kini pada tahun 2014 murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran  telah bertambah kepada 70 orang dan 6 orang murid bermasalah pendengaran.
            Program Pendidikan Khas Integrasi SMKPP merupakan salah satu sekolah Penanda Aras bagi Pra-Vokasional Pendidikan Khas Negeri Selangor. PPKI SMK PP menyediakan 3  program Pra Vokasional iaitu Komponen  Jahitan, Komponen Perkhidmatan-Mendobi dan Komponen Masakan-Bakeri.
            Program Pendidikan Khas Integrasi bermatlamat untuk melahirkan murid pendidikan khas yang berkemahiran, berketrampilan dan memberi peluang pekerjaan yang menjurus kearah hidup berdikari. Moto Program Pendidikan Khas “ KE ARAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN KHAS” akan terus direalisasikan demi masa depan murid-murid istimewa.

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS 

Pendidikan khas di malaysia adalah satu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang berkemairan, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan falsafah pendidikan negara.

VISI PROGRAM 

 Meningkatkan pembelajaran murid berkeperluan khas melalui kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa

Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit

Menyediakan diri untuk hidup dalam masyarakat dan hidup berdikari

Melahirkan murid berkeperluan khas yang berpengetahuan, mempunyai kemahiran berfikir, kemahiran memimpin dan mempunyai nilai etika dan kerohaniaan serta mempunyai identiti nasional sebagai penyumbang kepada kemajuan negara.

MISI PROGRAM

Mentransformasikan pengetahuan dan kemahiran untuk mencapai aspirasi murid


MOTO PROGRAM
Ke arah kecemerlangan pendidikan khas


 
BENTUK ASAS – BULAT  :
Menunjukkan kesepakatan dan kesepaduan dalam membimbing dan menyediakan murid Berkeperluan Khas menghadapi masa hadapan.

LENCANA SEKOLAH  :
Melambangkan sekolah induk bagi Program Pendidikan Khas Integrasi ini.

SIMBOL OKU :
Melambangkan murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran.

SIMBOL TELINGA  :
Melambangkan murid berkeperluan khas bermasalah pendengaran.

WARNA BIRU  :
Melambangkan kasih sayang di kalangan masyarakat sekolah.

WARNA MERAH  :
Melambangkan keberanian.

WARNA KUNING  :
Melambangkan kesetiaan.

COGANKATA  :  
 “KE ARAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN KHAS”  :
Bermaksud membimbing dan membentuk murid berkeperluan khas yang cemerlang, berketrampilan dan seimbang, sejajar dengan keupayaan mereka selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Khas