NURSERY D'MBK

TAHUN 2020


Kelas pertanian pada tahun 2020 melibatkan empat (4) kelas PPKI iaitu kelas Tahap 5,6,7 dan Tingkatan 2 KSSMPK. 

Kelas-kelas ini diseliakan oleh empat (4) orang guru iaitu Cikgu Rosliza, Cikgu Zaaimah, Cikgu Muaz dan Cikgu Azeem.

Walaupun pada tahun ini penuh dengan cabaran COVID19, namun begitu kelas pertanian PPKI SMK Pengkalan Permatang berjalan dengan pematuhan SOP yang ketat seperti memakai sarung tangan, mengamalkan jarak sosial 1 meter dan lain-lain.

Kelas : Ting. 2 KSSMPK, Tahap 5,6 dan 7

Guru :
1. Pn Rosliza
2. Pn Zaaimah ( bersara ) 
3. En Azeem
4. En Muaz

Sasaran Pertanian :
1. Bunga Ros Jepun
2. Buah Naga
3. Cendawan Tiram Kelabu
4. Madu Kelulut ( terkini )

Bunga Ros Jepun

Pokok bunga rose jepun (potulaca) adalah tanaman hiasan berbunga yang sangat mudah ditanam  dan tidak perlukan penjagaan yang rapi. Ia cepat berbunga berwarna-warni asalkan mendapat pencahayaan matahari penuh dan bekalan air yang cukup. Bunganya akan mula kembang  pada waktu pagi sebab itu ia kadang-kadang dipanggil bunga pukul sepuluh.

Penanaman pokok bunga rose jepun boleh menggunakan keratan batang atau pun semaian dengan biji benih. Tapi lebih mudah menanam menggunakan keratan batang. Ia tidak perlu disemai dan boleh terus ditanam di dalam pasu atau di atas tanah. Tanah gembur yang tidak menakung air amat sesuai untuk media penanaman pokok bunga rose jepun ini.




Buah Naga

BUAH naga adalah sejenis buah tropika yang memiliki bentuk yang unik kerana memiliki kulit luar seperti duri.

Rasanya yang manis dan masam itu membuatkan buah eksotik yang berasal dari Amerika Tengah ini sering menjadi pilihan sama ada untuk dimakan atau dijadikan jus untuk diminum.

Pokok buah naga D'MBK telah mengeluarkan buah sulung yang sangat manis dan sedap.





Cendawan Tiram Kelabu


Cendawan Tiram Kelabu adalah satu jenis cendawan yang telah dikenal pasti boleh dan mudah dipelihara di kawasan tanah rendah. Ia digemari pengguna dan diterima luas di pasaran. 

Walaupun perusahaan cendawan tdak memerlukan modal yang tinggi serta tanah yang luas, namun kemahiran teknik khusus daripada bakal pengusaha amat diperlukan kerana kegagalan atau kejayaan projek tersebut adalah bergantung kepada kemahiran teknik penjagaan dalam proses pemeliharaan.

Cendawan D'MBK mula dijalankan pada tahun 2019 dan merupakan antara produk utama pertanian di PPKI SMK Pengkalan Permatang. 

Pada tahun ini bongkah-bongkah dibekalkan oleh Jeram Organic Farm Enterprise (JOFARM).









  Madu Kelulut

Madu kelulut memiliki nama lain, seperti madu meliponine, stingless bee honey (SBH) atau madu lebah tanpa sengat, pot-honey, dan madu lebah Trigona. Madu jenis ini memiliki potensi besar untuk dikembangkan dalam keperluan perubatan moden.

Pandemik Covid19 yang sedang melanda dunia menunjukkan kepentingan menjaga kebersihan dan kesihatan. Oleh itu, kami cuba membawa MBK-MBK PPKI SMKPP mengamalkan tahap kebersihan dan menjaga kesihatan dengan baik. Pengenalan kepada madu kelulut akan memberi pengetahuan dan ilmu yang baru kepada para MBK dalam mengamalkan pemakanan yang sihat.

Projek madu kelulut dibantu oleh pengusaha madu kelulut iaitu En. Azman

* lebah kelulut selamat 100% kerana tidak mempunyai sengat berbisa




















TAHUN 2019


Laman D'MBK SMK Pengkalan Permatang sedang dalam proses TRANSFORMASI seiring dengan peredaran zaman. Gabungan tanaman cara tradisional dan teknologi tanaman bandar akan direalisasikan dalam proses TRANSFORMASI Laman D'MBK.

Kelas : Ting. 1 KSSMPK, Tahap 5, 6, 7 dan 8

Guru :
1. Pn Rosliza
2. Pn Zaaimah
3. En Azeem
4. En Muaz

Fokus tanaman :
1. Terung
2. Kobis
3. Buah Naga
4. Cendawan
5. Ros Jepun
6. Bunga Matahari
FASA 1 MENAIKTARAF NURSERY D'MBK



















FASA 2 PENYEDIAAN MEDIUM TANAMAN HIASAN