Tahun 2020
Tahun 2016
MKV MASAKAN-BAKERI
Program ini mula ditubuhkan pada Jun 2007 dengan diketuai oleh Puan Indang Sulbi binti Abu Bakar bersama 6 orang murid. Pada masa tersebut, hanya ban manis, serta berinti coklat serta kacang merah sahaja yang diajar dan dihasilkan oleh murid. Pada tahun 2008 pula, roti pedas dan ban sosej pula diajar kepada murid-murid. Bermula tahun 2009, pelbagai produk berasaskan roti mula dikomersialkan dan dijual kepada murid-murid khas seterusnya kepada warga SMK PP. Pada masa ini, mini pizza serta ban ayam telah dijual dengan harga RM1 setiap satu. Pada tahun ini, Pn.Zaaimah telah bekerjasama dengan Puan Siti Zaimidah dalam membimbing 8 orang pelajar PPKI untuk penghasilan piza yang lebih besar. Projek ini dijuga menghantar roti pizza ke KIOSK untuk jualan pada waktu tengahari. Pelajar-pelajar yang terlibat dengan tunas bakeri ini menjalankan aktiviti penjualan roti pada hari Isnin, Rabu dan Khamis sahaja. Hari-hari lain adalah untuk P&P akademik.
Amat membanggakan apabila produk bakeri ini juga mendapat tempahan daripada pelbagai pihak termasuk PPD & JPN. Mulai 2015 KAV bakeri diperluaskan kepada semua murid PPKI yang lain melalui penciptaan inovasi iaitu Color Code Tools (CCT) & Ezy Calendar untuk menghasilkan asas roti. Color Code Tools (CCT) & Ezy Calendar telah dipertandingkan dalam penciptaan inovasi di Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif JPNS pada tahun 2015.
Pada tahun 2016, KAV Bakeri telah menukarkan nama kelasnya kepada Bakery Production dengan penglibatan 10 orang murid PPKI dan masih lagi dibimbing oleh dua orang guru yang sama.
KEJAYAAN DAN SUMBANGAN
BIL
|
AKTIVITI
|
TAHUN
|
1.
|
Pameran sempena
perhimpunan bulanan
Jabatan Pelajaran Selangor.
|
2012
|
2.
|
Pameran sempena Hari Keusahawanan Pendidikan Khas Negeri Selangor di Taman Tasik Shah Alam
|
2012
|
3.
|
Pameran sempena
Pendidikan Khas Daerah Kuala Selangor di SMK Kuala Selangor
|
2013
|
4.
|
Membekalkan roti untuk peserta BRIM
|
2013
|
5.
|
Mengendalikan bengkel membuat roti sempena minggu Teknik dan
Vokasional SMKPP.
|
2012/2013/2014/2015
|
6.
|
Membekalkan roti sebagai cenderahati perhimpunan bulanan JPNs
|
2015
|
7.
|
Membekalkan roti sebagai cenderahati Pertandingan Kemahiran Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2015
|
2015
|
8.
|
Pameran sempena Hari Kualiti PPD Kuala Selangor 2015
|
2015
|
Pn.Indang dan Puan Siti Zaimidah bersama 7 orang murid yang terlibat dalam projek ini iaitu Muizz, Shahrom Azim, Azman, Amirul, Nurul Ain, Zalilah, Zahirah serta seorang murid yang tidak hadir iaitu Fateha.
Inilah rupa piza yang sedia untuk dijual kepada warga SMK PP
Setiap tahun, kelas MPV Bakeri akan mengadakan kursus penghasilan roti pizza bukan sahaja kepada guru dan murid PPKI tetapi juga pada guru dan murid di aliran perdana. Kursus selama sehari ini selalunya dilaksanakan pada minggu MPV dan Vokasional peringkat sekolah. Kursus ini dikenakan yuran RM10 untuk setiap orang peserta.
Bermula tahun 2013...kelas MPV Bakeri telah dipecahkan kepada dua kelas iaitu Tahap 8 dan Tahap 9 di mana masing-masing diseliai oleh Cg. Siti Zaimidah dan Cikgu Zaaimah. Setiap kelas menempatkan seramai 7-8 orang murid.
TEMPAHAN!!!!!
Sesiapa yang ingin membuat tempahan, boleh lah menghubungi kami. Penghantaran percuma untuk kawasan sekolah sahaja. Pengahantaran dibuat dari jam 10pg hingga 1 tengahari sahaja pada hari Isnin , rabu dan Khamis. Kami juga menerima tempahan dalam kuantiti yang banyak jika anda memerlukakannya untuk acara tertentu..
Harga pizza
Harga pizza