Wednesday, July 15, 2020

Pembukaan Sekolah - 15 Julai 2020

 Selamat Kembali ke sekolah.. Moga Allah merahmati dan melindungi anak2 syurga ini begitu juga dengan guru-guru PPKI dan PPM yg kini menjadi frontliner negara. Bersama kita putuskan rangkaian Covid 19 dengan mengamalkan SOP yg telah digariskan...kepada Mu jua kami mohon perlindungan dari segala keburukan dan bahaya..Aamiin YRA

#kitajagakita

#pkpp2020














Tuesday, July 14, 2020

Persiapan Pembukaan Sekolah - 15 Julai 2020


Semuanya telah siap mengikut SOP yang digariskan untuk Pembukaan Sekolah Murid Berkeperluan Khas bermula esok 15 Julai 2020, Rabu. Selamat kembali ke sekolah .. Ibu bapa pastikan hanya anak-anak yang sihat dan tidak demam ke sekolah esok yer. Digalakan bawa bekal makanan dan minuman dari rumah🌹.. Sesungguhnya pada Allah jua kita bergantung harap dan berserah....Semoga yg baik2 sahaja mengiringi semuanya..aamiin2 YRA #kitajagakita #kitamestimenanglawancovid19 #PKPPemulihan















Terima kasih pada semua guru dan PPM untuk simulasi berkaitan pembukaan sekolah ini. Pengarah Video Simulasi Cikgu Azeem Fiqri, tahniah..

#kitajagakita 


Video Simulasi SOP Pembukaan Sekolah

Friday, June 26, 2020

Lawatan Pengarah JPN Selangor - 26 Jun 2020

 Lawatan Pengarah Pendidikan Negeri Selangor Tn.Haji Izmi bin Ismail diiringi oleh Tn Hj Halil Badli, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Sektor Pendidikan Khas JPNS, Pn.Norhasnizam Parman, Ketua Penolong Pengarah, En Azmi bin Misron, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid JPNS, Tn. Hj. Mohd Azuan bin Mohd Nawawi KPPD Kuala Selangor, Tn Hj Zulkeflee bin Ismail, Pegawai Pendidikan Khas Daerah Kuala Selangor, En Azli bin Yusof, Timbalan Sektor Pembangunan Murid PPD Kuala Selangor ke Program Pendidikan khas Integrasi SMKPP Pengkalan Permatang.

Terima Kasih, semoga memberi impak yg positif kepada Kemenjadian MBK ...

Tarikh: 26/6/2020











Tuesday, April 14, 2020

Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PDPR) - 14 April 2020

 Murid-murid terus belajar dari rumah dengan kerjasama ibu bapa PPKI SMKPP..Menggunakan segala ikhtiar yang ada demi meneruskan pengajaran dan pembelajaran. Terima kasih guru-guru PPKI SMKPP dan Ibu Bapa yang bersama-sama berganding bahu menjayakan kaedah pembelajaran melalui google form dan sentiasa berbincang aktiviti pembelajaran dalam wasap group Ibu Bapa dan guru untuk kebaikan anak2..TAHNIAH..🌹

Tugasan:

Murid menghasilkan lukisan poster COVID 19

#stayAtHome

#ibubapaguru

#pendidikanberterusan






Pengajaran dan Pembelajaran di rumah ( PDPR ) - 14 April 2020

Norma baharu dalam pendidikan Malaysia


Pandemik yang mengegar dunia memaksa sesi persekolahan ditangguhkan. Untuk memastikan murid-murid tidak ketinggalan dalam akademik, pihak KPM telah memperkenalkan kaedah pembelajaran alternatif iaitu kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPr).

Sedikit info berkaitan PdPr

#covid-19

#stayathome








Wednesday, March 18, 2020

Pandemik Covid-19

 Seperti yang dinyatakan dalam perutusan YAB Perdana Menteri, semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan praunivetsiti, serta institusi pendidikan guru akan ditutup sepenuhnya dalam tempoh 18-31 Mac 2020. 

Bahagian dan agensi di bawah KPM, JPN dan PPD juga ditutup. Hanya pegawai dan kakitangan yang diberi kebenaran oleh Ketua Pengawal atau pegawai yang telah diturunkan kuasa sahaja, dalam pengurusan kewangan dan keselamatan, boleh berada di premis semasa tempoh tersebut.


#stayathome

#covid-19







Wednesday, March 11, 2020

Pemilihan Pemain Boling PPKI SMK Pengkalan Permatang - 11 Mac 2020

Pemilihan pemain Bowling PPKI SMK Pengkalan Permatang dan Aktiviti Kokurikulum Sukan Permainan telah berjaya dilaksanakan hasil komitmen semua guru, ppm dan kerjasama Badan Kebajikan Ibu Bapa dan Penjaga. Tahniah pada semua yang menjayakan aktiviti ini. Semoga semuanya dalam limpahan kasih sayang Allah swt.

Tahniah kepada Cikgu Zaimidah selaku setiausaha pemilihan pemain dan akan mengetuai pasukan bowling PPKI SMKPP ke Karnival Boling Daerah Kuala Selangor 2020 pada 8 April nanti..

Setinggi2 penghargaan dan terima kasih pd:

Cikgu Norhanifah (Penyelaras Sukan Permainan)

Cikgu Karimah (AJK Atlet Bowling),

AJK2 lain terdiri dari Guru2 PPKI dan PPM yang sentiasa awesome dan sporting❤

Terima kasih atas sokongan dan kehadiran Pengerusi Badan Kebajikan Ibu Bapa dan Penjaga, En Ahmad Ruzi bin Abu Hasan, Naib Pengerusi, En Ahmad Saleh, ibu bapa dan penjaga yg HEBAT..

#ppkismkpphebat

#bowling2020

#dare2bdifferent












Tuesday, March 3, 2020

Pemilihan Olahraga dan Balapan Pendidikan Khas Daerah Kuala Selangor - 3 MAC 2020

 Pemilihan Olahraga dan Balapan Pendidikan Khas Daerah Kuala Selangor.

Tempat: 

Padang SMK Raja Muda Musa

MBK PPKI SMKPP yg terlibat dlm pemilihan seramai 13 org.

MBK :

1. Mohamad Adha

2. Muhamad Shamizie

3. Muhamad Ramadhan

4. Theenagaran

5. Izudin

6. Muhammad Rizki

7. Kirthana

8. Luqman Hakim

9. Nur Haliza

10. Nurul Fitrah

11. Nazatul Shima

12. Wan Nurul Asyikin

13. Norshahirah

Guru :

1. En Ahmad Muaz

2. En Muhammad Azeem

3. En Mokhlis

4. Pn.Rosliza

5. Pn.Nadia

6.Pn Farah Hazwani

Tahniah pada semua MBK yg menunjukan komitmen dan semangat juang yang tinggi. Cabaran pada cuaca yg panas hari ini..Tahniah berjaya menghabiskan semua acara yg disertai.








Thursday, February 27, 2020

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih Cikgu Zaaimah Hj Arshad - 27 FEBRUARI 2020

 Majlis Persaraan Cikgu Zaaimah Hj Arshad. 

PPKI SMKPP mengucapkan Selamat Bersara utk Cikgu Zai. 

Semoga beroleh kesihatan yg baik dan berada dalam rahmat Allah swt..Terima kasih atas segala khidmat bakti yg diberikan.

Mula berkhidmat di PPKI SMKPP tahun 2011. Seorang guru pendidikan Khas yg sgt menjiwai dan mencintai profesionnya.Semangat juang dlm dirinya amat tinggi dan sentiasa menjadi kesayangan anak2 MBK. 

Segala jasa mu hanya Allah jua yg mampu membalasnya.Jangan lupa utk dtg ziarah kami lagi yer❤❤.

Terima kasih kepada pada jemputan yg hadir meraikan Cikgu Zaaimah..

 Video Persembahan Pelajar