Saturday, March 4, 2017

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH SMKPP 2017

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH SMKPP 2017

Tarikh : 13 Januari 2017
hari : Jumaat
Tempat : Sekitar Kampung Sungai Yu
Masa : 8.00 - 11.00 pagi


Kejohanan Merentas Desa SMK Pengkalan Permatang merupakan acara tahunan yang mesti dilaksanakan setiap tahun sebelum menjelangnya kejohanan sukan tahunan sekolah. Kejohanan ini melibatkan semua murid PPKI dan murid aliran perdana. Melalui acara inilah bakat-bakat murid dalam bidang sukan akan dicungkil dan dididik supaya mencapai kecemerlangan di bidang sukan.


RASIONAL

Kejohanan Merentas Desa ini bertujuan untuk membentuk dan melahirkan murid yang cergas, progresif dan berdaya saing demi memastikan kemenjadian murid sebagai insan yang seimbang dan harmonis dan menghargai alam sekitar. Program ini juga turut melibatkan semua murid dalam acara sukan demi melahirkan murid yang cergas dan aktif dalam bidang sukan.

MATLAMAT

Kejohanan Merentas Desa ini bertujuan untuk menarik minat murid-murid dalam bidang sukan dan dapat membentuk serta melahirkan murid yang berkeyakinan diri dengan mempertingkatkan kebolehan dalam bidang sukan dan mempersiapkan murid Kejohanan Merentas Desa MSSD Hilir Perak yang akan datang. Program ini juga bertujuan menyahut seruan kerajaan dalam melibatkan murid secara menyeluruh dalam bidang sukan selaras dengan dasar 1 Murid 1 Sukan yangtelah diperkenalkan.

OBJEKTIF
  • Meningkatkan kebolehan, kemahiran, dan bakat murid.
  • Memupuk dan menyuntik semangat kesukanan di dalam diri murid-murid.
  • Mewujudkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat serta meningkatkan daya tahan murid.
  • Guru dapat mengenalpasti murid yang berpotensi dan berbakat di dalam bidang sukan.
  • Murid dapat mengumpul dan menyumbang mata untuk rumah sukan masing-masing.
  • Memastikan murid-murid akan berkembang secara seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelektual.
  • Memperkembangkan kemahiran pengurusan diri, disiplin, mendengar dan mematuhi arahan. 
 Panorama semasa Program ini berlangsung :