Alhamdulillah, selesai sudah lawatan dr PPKI SMK Putrajaya Presint 18(1) seramai 33 orang ke PPKI SMKPP. Semoga memberi impak yang positif kepada Kemenjadian Murid Berkeperluan Khas. Terima kasih kepada semua guru, PPM dan MBK PPKI SMK Pengkalan Permatang yang telah memberikan komitmen dan kerjasama yang sangat luar biasa utk program kita hari ini.
Semoga kita semua mendapat rahmat dan kasih sayang Allah swt.
Segala yang indah dan baik2 datang dariNya..yang kurang itu dari kami semua.
Aktiviti semasa lawatan:
1. Stesen Asas Tanaman
- Laluan refleksologi
- Rumah Cendawan
- Belajar menanam pudina dan kangkung menggunakan nutripot dan baja AB
2. Stesen Pembuatan Roti
- Membuat Donat Bomboloni
3. Stesen Jahitan Kreatif
- Mempelajari kaedah jahitan yoyo untuk murid kefungsian rendah
4. Stesen Asas Mendobi
- kemahiran menggosok pakaian
- kemahiran melipat pakaian